Garang Racing anjur kursus pemanduan berhemah | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Naeem Raffi

Norway

Wartawan

Hafizan Taib

Garang Racing anjur kursus pemanduan berhemah

OLEH HAFIZAN TAIB

PETALING JAYA, 11 MEI: Garang Racing Team (Garang Racing) menganjurkan Kursus Pemanduan Berhemah bagi memberi kesedaran kepada orang ramai akan kepentingan pemanduan selamat dan menjaga keselamatan diri.

Pengurusnya, Zulkifflee Hassan, berkata berdasarkan kes kemalangan yang semakin tinggi sejak kebelakangan ini, pihaknya mengambil inisiatif menganjurkan kursus itu demi kepentingan bersama.


“Kursus ini memberi penekanan berhubung aspek keselamatan dan pemahaman terhadap kenderaan digunakan selain cara pemanduan dan sebagainya.

“Dengan penganjurannya kita berharap kesedaran orang ramai terhadap isu keselamatan akan meningkat selain kemalangan dapat dikurangkan,” katanya.

garangracingBeliau selanjutnya berkata, kursus diadakan Garang Racing dua kali sebulan itu bersifat pendidikan dan terbuka kepada semua lapisan masyarakat.

Bagi mendapat maklumaat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Garang Racing (0193633431) atau melalui emel: mygracing@gmail.com atau layari: www.garangracing.com

 

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next