GLOBAL

Gempa bumi Sulawesi: Tiga cedera, 14 gegaran susulan

JAKARTA 30 MEI: Sekurang-kurangnya tiga penduduk kampung cedera dimasukkan ke hospital akibat cedera di kepala ekoran gempa bumi 6.8 magnitud menggegar Sulawesi.

Agensi Meteorologi, Kajicuaca dan Geofizik merekodkan 14 gempa susulan sehingga magnitud 5.2, juga pada kedalaman cetek.

Gempa cetek sering menyebabkan lebih banyak kerosakan di permukaan bumi namun tidak memberi potensi tsunami, lapor AFP.

Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, gempa 6.8 magnitud itu berpusat di kawasan kurang penduduk sejauh 79 kilometer dari tenggara ibu kota wilayah Palu pada kedalaman 9.1 kilometer.

Sulawesi1Agensi Bencana Nasional berkata, bangunan rosak di Poso, bandar dari tenggara pusat gempa dan sejumlah kediaman serta gereja juga rosak di perkampungan berhampiran.

Agensi itu menghantar gambar kerosakan di Poso menerusi Twitter. Satu menunjukkan bangunan runtuh manakala satu lagi kedai runcit bersama barangan berselerak di atas lantai.

=EZY=


Pengarang :