Gergasi Merah ikat Bujang Senang 1-1 | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Gergasi Merah ikat Bujang Senang 1-1

PETRA JAYA 10 MEI: Pasukan Selangor mengikat Sarawak pada aksi pusingan kedua Liga Super 1-1 di Stadium Negeri, Kuching, malam tadi.

Dengan keputusan itu Gergasi Merah berjaya membawa pulang satu mata, sekali gus menggagalkan misi wajib menang Sarawak di laman sendiri.

Skuad Bujang Senang berjaya membuka tirai jaringan menerusi Mateo Roskam pada minit ke-33.


Bintang import Sarawak itu tidak mempersiakan peluang terhidang apabila memanfaatkan bola hantaran leret Abdul Rahim Abdul Razak yang melepasi kawalan pertahanan Selangor.

Selangor bangkit melancarkan serangan balas dan kelekaan pertahanan Sarawak mengundang padah apabila gagal mengekang kelincahan Mohd Rizal Fahmi yang menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-44.

Gerakan pantas Mohd Rizal mengelirukan penjaga gawang Sarawak, Shahril Saari yang tertewas dengan percubaannya, biarpun bola terkena tiang sebelum menerjah jaring.

Kedudukan 1-1 kekal sehingga tamat masa perlawanan. Selangor kini berada di tangga keempat dengan mengumpul 17 mata.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next