Guli dan Gula | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Afeeqa Afeera

Guli dan Gula

Di keheningan malam

terbuka balutan hati
bersisa ingatan balam
tentang lorong lewat petang
anak compang serta
isi tangannya; guli dan gula.

Mimpi yang bergoncang
akhirnya bersepai, berdenting
hingga ke pojok minda
terus tanpa henti, kini
kembali dengan bias wajah
mengharap Tuhan, mengajar tuan
perihal kemanusiaan,
belas ihsan dan nilai
perbalahan berharga darah
dibeli begitu mudah.


Sementara itu, harus bagaimana?
masihkah dia melempar guli
ke dalam lubang aspal dan kecewa
sepanjang lorong kelam
dengan persalinan compang;
atau menjaja gula
mengemis kasih warga kota
yang sulitnya lebih luar biasa?

Ajarkan sanubarinya berdegup
kencang mengetuk pintu rahsia
menceritakan air mata hari lalu
menconteng tawa pada dinding lorong
juga melakar harap di atas awan

agar,
guli bergulir lurus
gula kembali dirasa.

Iz Baidilleh
Irbid, Jordan

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next