Hafiz patah bahu, terlepas aksi Teluk Intan | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Naeem Raffi

Hafiz patah bahu, terlepas aksi Teluk Intan

OLEH NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 19 MEI: Hafiz Nor Azman disahkan masih belum cergas sepenuhnya dan bakal terlepas beraksi dalam kategori CP150 pusingan keempat Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Teluk Intan, Perak pada 20 dan 21 Mei ini.

Pelumba SCK Rapido Hi-Rev Honda Racing itu mengalami kecederaan patah bahu kiri setelah terjatuh sewaktu sesi latihan bebas kedua pada pusingan ketiga di Kemaman, Terengganu, dua minggu lepas.


”Sudah tentu saya berasa sangat kecewa dan sedih, namun terpaksa akur untuk kebaikan masa depan. Tambahan perlumbaan minggu ini berlangsung di halaman sendiri.

CUP PRIX HAFIZ (2)”Saya berharap dapat meraih keputusan baik pada minggu ini untuk menebus kegagalan pada pusingan pertama di Temerloh kerana saya hanya mengutip tujuh mata dan berada di tangga ke-14 keseluruhan,” kata pelumba kelahiran Perak itu.

Meskipun semakin pulih, doktor yang merawat Hafiz menasihatkan agar pelumba berusia 21 tahun itu tidak turun ke litar pada saingan minggu ini.

“Saya sebenarnya yakin dapat beraksi di Teluk Intan, namun setelah melakukan pemeriksaan, doktor yang merawat menasihatkan saya agar berehat dan tidak beraksi pada minggu ini.

”Selepas ini kejuaraan akan berehat panjang dan kembali bersambung Julai nanti. Saya perlu mengekalkan kecergasan dan meraih keputusan terbaik pada baki enam pusingan akan datang,” katanya.CUP PRIX HAFIZ (3)

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next