JAIS tahan tiga individu mengajar tanpa tauliah | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Norway

Wartawan

Norhayati Umor

JAIS tahan tiga individu mengajar tanpa tauliah

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 17 MEI: Tiga lagi individu ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana mengajar tanpa tauliah di sebuah masjid di Rawang, semalam.

Pengarahnya, Dato’ Haris Kasim berkata, ketiga-tiga ditahan kira-kira jam 9.50 malam dan dibawa ke Pejabat Agama Islam Daerah Kuang untuk dirakam percakapan dan disoal siasat.


Katanya, suspek ditahan oleh Pegawai Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan di bawah Seksyen 119, Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor Tahun 2003 Pindaan 2015.

“Jika disabit kesalahan, tertuduh boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya,” katanya dalam kenyataan.

Pada masa sama, Haris berkata Ops Mengajar Tanpa Kuliah yang bermula Sabtu lalu akan diteruskan ke seluruh kawasan di Selangor.

“Ops ini akan diteruskan dari semasa ke semasa selaras dengan titah Sultan Selangor baru-baru ini.

“Ia bagi menjaga keharmonian masjid dan surau di negeri ini,” katanya.

Sabtu lalu, JAIS menahan seorang penceramah yang tidak bertauliah ketika memberikan ceramah di sebuah surau Seksyen 8.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next