JAKEL ketengah koleksi artis ternama | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Nurul Farina Nazlan

Norway

Wartawan

Syazwani Sufian

JAKEL ketengah koleksi artis ternama

OLEH SYAZWANI SUFIAN

KUALA LUMPUR, 18 MEI: Merancakkan musim perayaan tahun ini, Jakel Trading Sdn Bhd (JAKEL) turut mewarnai hari raya dengan menampilkan koleksi dari artis terkemuka tanah air.

Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel berkata, tahun ini terdapat penambahan koleksi dari beberapa artis terkemuka selain mengekalkan koleksi daripada artis terdahulu seperti Aaron Aziz dan Nabil Ahmad.


“Antara artis yang menawarkan koleksi raya adalah Harith Iskandar, Ayda Jebat, koleksi keluarga yang terdiri daripada Scha Al-Yahya, Awal Ashaari, Lara Alana, Hairul Azreen, Hanis Zalikha dan Yusof Iskandar.

“Dengan penambahan artis ini, sekali gus menunjukkan kesungguhan JAKEL untuk bersama golongan ini dalam memajukan industri fesyen tanah air,” katanya pada majlis pelancaran Koleksi Baju Raya Jakel di Kuala Lumpur, di sini, semalam.

JAKEL2Menariknya tahun ini, JAKEL turut menampilkan duta baru iaitu pelakon dan penyanyi muda, Janna Nick yang bakal berganding bahu bersama Rozita Che Wan serta tagline ‘Ingat Jakel, Barulah Raya!’.

Mengulas berkenaan koleksi baju melayu, pelakon, Aaron Aziz berkata, ia amat mementingkan penggunaan fabrik dan warna yang istimewa.

Warna yang dijangka menjadi pilihan tahun ini adalah pastel atau lembut selain warna kegemarannya hijau zamrud, merah cilin dan biru diraja.

Aaron turut melahirkan rasa gembira kerana dapat bekerjasama dengan JAKEL untuk tahun keenam.

“Ini tahun keenam saya bersama JAKEL dan kerjasama ini akan diteruskan melihat kepada sambutan dan galakan orang ramai,” katanya.

JAKEL3JAKEL turut mengeluarkan koleksi di bawah label Ayda Jebat berkonsepkan kurung moden dan bersesuaian citarasa wanita muda yang ingin tampil ceria serta segar.

Ayda berkata, koleksi beliau menjurus kepada konsep urban, moden dan remaja yang mensasarkan wanita di peringkat remaja hingga dewasa.

Selain Ayda, Harith yang juga artis baru di bawah jenama JAKEL mengambil inisiatif mengeluarkan produk baju melayu ‘plus size’ sehingga 5XL yang julung kali dilancarkan.

Tidak ketinggalan konsep baju kekeluargaan dari keluarga Awal dan Hairul yang direka dengan rekaan serta warna sedondon untuk seisi keluarga.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next