Kabul dibom: Hampir 80 maut, hampir 400 cedera | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Kabul dibom: Hampir 80 maut, hampir 400 cedera

KABUL 31 MEI: Letupan bom menggunakan kenderaan menggegar ibu negara Afghanistan di kawasan diplomat dengan sekurang-kurangnya hampir 80 terkorban dan ratusan lagi dilaporkan cedera dalam letupan antara ‘paling besar’.

Agensi Berita Antarabangsa AL-JAZEERA melaporkan Menteri Kesihatan Afghanistan mengesahkan kira-kira 80 terkorban dan lebih 400 cedera dalam serangan bom itu.

Kawasan dibom itu merupakan kawasan paling sibuk di negara itu serta dikawal rapi pihak keselamatan.


Polis sedang menyiasat kejadian itu dan mencari penyerang yang menggunakan trak dipenuhi bahan letupan dalam serangan ganas itu.

Setakat ini belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab dalam serangan bom itu.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next