Kahwin muda dan enggan bermadu antara punca kes cerai meningkat | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Norway

Wartawan

Lizawati Madfa

Kahwin muda dan enggan bermadu antara punca kes cerai meningkat

OLEH LIZAWATI MADFA

HULU SELANGOR, 20 MEI: Selangor terus mencatatkan peningkatan kes penceraian dalam kalangan umat Islam selama tiga tahun berturut-turut.

Exco Hal Ehwal Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, sebanyak 11,297 kes penceraian dilaporkan pada 2014, diikuti 11,783 pada 2015 dan terus meningkat kepada 12,578 pada tahun lalu.


Katanya, kajian menunjukkan terdapat tujuh sebab utama penceraian termasuk tiada persefahaman, tidak memahami tanggungjawab, kahwin muda, campur tangan orang ketiga, masalah dadah, pasangan curang, enggan bermadu serta isu kecil.

“Saya sudah mengarahkan semua pihak di bawah jawatankuasa saya untuk mengambil inisiatif segera bagi membendung peningkatan kes penceraian dalam kalangan umat Islam.

“Saya juga mahu program pemantapan institusi kekeluargaan dimantapkan dan memberi manfaat kepada setiap pasangan di Selangor,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Jelajah Karnival Kampungku Kesayanganku di Masjid Ar-Rahmah, Kampung Sungai Buaya, di sini, semalam.

Ahmad Yunus berkata, umat Islam juga sepatutnya menunjukkan kehebatan institusi kekeluargaan dalam Islam kepada semua.

“Namun sebaliknya berlaku. Kini kebanyakan umat Islam melaksanakan majlis perkahwinan secara bermewah-mewah dan membazir.

“Ia juga dilaksanakan dalam syariat bercampur baur dengan adat sehingga menghilangkan berkat,” katanya.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next