Kejohanan Muay Super 4 SDE, cungkil bakat SUKMA negeri | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Norway

Wartawan

Ermizi Muhamad

Kejohanan Muay Super 4 SDE, cungkil bakat SUKMA negeri

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 20 MEI : Kejohanan Muay Super 4 SDE Chairman Champion 1st Series and Super Fight 2017 menyaksikan 16 peninju muda bertembung bagi menempatkan diri pada siri kelayakan atlet muay thai Selangor di Sukan Malaysia (SUKMA).

Presiden Muay Thai Selangor, Dato’ Mohd Fairus Urep berkata, penganjuran kejohanan kali ini memberi peluang kepada peninju muda mempamerkan persembahan terbaik bagi mengikuti sesi latihan ke SUKMA, Perak 2018.


“Ini kali ketiga kejohanan diadakan di seluruh negeri bagi mencari bakat baru untuk bersaing dengan bakat sedia yang telah dipilih dalam kejohanan sebelum ini.

“Namun penganjuran kali ini akan memberi peluang kepada peninju berpotensi untuk dilatih dan diserap ke dalam program SUKMA 2018 bagi mewakili Selangor dalam kejohanan terbesar itu,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata demikian pada kejohanan akhir Muay Super 4 SDE di Dewan Besar Tanjung, Seksyen 19 di sini, malam tadi.

Hadir sama, Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari dan Pengarah Eksekutif MSN Selangor, Zubir Idrus.

Sementara itu, bagi menyuntik sokongan masyarakat terhadap sukan itu, kejohahan kali ini turut menampilkan peninju luar dari Korea Selatan dan Thailand untuk beraksi bersama peninju tempatan.

Dalam perkembangan itu, dua peninju muda Wan Lah Fighter Den dinobatkan sebagai juara bagi kategori 62 kilogram sementara Pian Kick juara bagi kategori 51-53 kilogram.

Kedua-duanya berjaya menewaskan lawan masing-masing pada aksi lima pusingan ‘kalah mati’ di peringkat akhir.

Penganjuran kejohanan Muay Super 4 SDE disokong sepenuhnya Kerajaan Negeri, Majlis Sukan Negeri Selangor (MSN) dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next