Kerajaan perlu ambil serius pelajar universiti sanggup terima rasuah | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Kerajaan perlu ambil serius pelajar universiti sanggup terima rasuah

OLEH Tan Kar Hing

Peningkatan peratusan pelajar universiti yang sanggup menerima dan memberi rasuah berdasarkan kajian Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) amatlah membimbangkan.

Kajian Persepsi Keberkesanan Tindakan Pencegahan Rasuah yang dibuat pada 2016 lalu menunjukkan 16 peratus daripada 1,000 orang mahasiswa yang menjadi responden sanggup menerima rasuah jika mempunyai peluang dan kuasa.


1. Persoalan saya, adakah Sekretariat Pencegahan Rasuah di Universiti Awam yang telah ditubuhkan sejak 2007 dan telah diperluas ke Institut Pendidikan Guru, Institut Pendidikan MARA serta Universiti Swasta untuk mendidik pelajar agar mempunyai semangat membenci rasuah telah dilaksanakan dengan sempurna?

Sepatutnya sekretariat tersebut berfungsi mengurangkan kecenderungan mahasiswa kepada gelaja rasuah dan bukan sebaliknya.

2. Hasil kajian SPRM tersebut seharusnya menyedarkan pihak kerajaan. Perhatian serius wajar diberikan ke atas golongan mahasiswa kerana mereka merupakan tulang belakang pentadbiran dan pembangunan negara pada masa hadapan.

3. Mereka ini sepatutnya menjadi pembela rakyat. Terutamanya golongan miskin supaya tidak ditindas dan membantu meningkatkan taraf hidup rakyat apabila mereka mempunyai kuasa.

4. Saya bimbang melihat statistik bahawa kelompok berusia 40 tahun ke bawah merekodkan perlakuan rasuah agak tinggi dengan 55 peratus tangkapan adalah daripada kelompok berkenaan.

Saya tidak mahu mahasiswa sekarang ini seperti ‘cikgu kencing berdiri, murid kencing berlari’ yang mengikut amalan yang diamalkan oleh pemerintah ketika ini .

5. Pemerintah Malaysia diselimuti rasuah pada tahap membimbangkan. Kita tidak mahu melihat gejala rasuah di negara ini semakin hari semakin membarah sehingga tidak dapat dibendung.

6. Selain itu, saya juga ingin mencadangkan supaya Program Gerakan Revolusi Anti Rasuah (Gerah) yang dilancarkan oleh SPRM pada 8 Mei lalu diperluaskan di peringkat IPTA/S bagi mendampingi mahasiswa untuk menyebar luaskan mesej program itu, supaya penentangan terhadap rasuah dan salah guna kuasa menjadi agenda nombor satu negara.

Saya yakin sekiranya semua pihak, terutamanya kerajaan telus bekerjasama dan bersungguh-sungguh untuk menjauhi rasuah, kita dapat menghapuskan amalan tersebut di negara ini.

 
* Tan Kar Hing adalah ADUN Simpang Pulai
Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN
Parti KEADILAN Rakyat

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next