Manchester United kelab paling berharga Eropah nilai RM14 bilion | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Manchester United kelab paling berharga Eropah nilai RM14 bilion

GLOBAL 31 MEI: Manchester United dinilai selaku kelab paling berharga di Eropah apabila menjadi kelab pertama memecah penanda aras nilai perusahaan iaitu 3.09 bilion euro (RM14 bilion).

Tempat kedua adalah pasukan Real Madrid dengan nilai 2.97 bilion euro dan ketiga pasukan Barcelona dengan nilai 2.76 bilion euro.

Penilaian perusahaan itu adalah berdasarkan laporan baru dikeluarkan firma perkhidmatan profesional, KPMG.


Laporan berkenaan menilai 39 kelab berdasarkan sudut populariti mereka di saluran media sosial, pendapatan untuk musim 2014-15 dan 2015-16 dan kejayaan di saingan Eropah.

Kelab itu kemudiannya disenaraikan berdasarkan nilai perusahaan, ukuran perakaunan digunakan menilai kos bagi pembelian kelab ataupun syarikat yang mana membabitkan hutang keseluruhan perniagaan dengan KPMG mempunyai formula tersendiri bagi mencapai penilaian berkenaan.

ArsenalBayern Munich kekal berada di tangga keempat manakala Manchester City mengatasi Arsenal untuk menduduki tangga kelima dengan kedua-dua pasukan mempunyai nilai perusahaan di bawah STG1.7 bilion (RM9.32 bilion).

Chelsea, Liverpool, Juventus dan Spurs melengkapkan empat kedudukan seterusnya, sekali gus menyaksikan enam daripada 10 pasukan teratas adalah dari Liga Perdana Inggeris.

Dalam satu kenyataan, Ketua Sukan Global KPMG, Andrea Sartori berkata, nilai agregat kelab bola sepak terkemuka di Eropah menunjukkan bahawa nilai keseluruhan bola sepak, sebagai sebuah industri, sudah berkembang.

“Walaupun ia dijelaskan berdasarkan ledakan penyiaran bola sepak, aspek operasi komersial antarabangsa kelab, pelaburan mereka dalam menyediakan kemudahan milik persendirian dan moden dan amalan pengurusan keseluruhan yang lebih mampan juga menjadi antara punca utama kepada pertumbuhan ini.

“Daripada sudut nilai hak media, Liga Perdana Inggeris berada dalam kedudukan selesa di puncak liga Eropah, meskipun liga utama yang lain sudah pun menggariskan strategi jelas untuk bersaing menarik perhatian peminat global,” kannya lapor AFP

Berikut adalah senarai 10 teratas:

1. Manchester United -3.09bn euros

2. Real Madrid – 2.97bn euros

3. Barcelona – 2.76bn euros

4. Bayern Munich – 2.44bn euros

5. Manchester City – 1.97bn euros

6. Arsenal – 1.95bn euros

7. Chelsea – 1.59bn euros

8. Liverpool – 1.33bn euros

9. Juventus – 1.21bn euros

10. Tottenham – 1.01bn euros

Sumber: KPMG

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next