BERITA UTAMA SELANGOR

MB: Dihalang masuki empat IPTA perjelas Program Peduli Siswa

OLEH NORHAYATI UMOR

RABAT, MAGHRIBI 3 MEI: Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin berkata pihaknya dihalang untuk menguar-uarkan mengenai program Peduli Siswa yang memperuntukkan RM10 juta kepada anak-anak Selangor di empat universiti tempatan.

Katanya, Kerajaan Negeri tidak dibenarkan memasuki kawasan universiti bagi memaklumkan dan menerangkan program pembiayaan itu oleh pihak universiti.

“Kita menghadapi kesukaran apabila kita menghubungi pihak universiti untuk menerangkan mengenai program ini tetapi saya tidak dibenarkan masuk.

“Namun, usaha ini tidak akan berhenti di sini sahaja, saya akan membawa ke luar pelajar khususnya anak Selangor untuk bertemu bagi memberi peluang pelajar menikmati manfaat program ini,” katanya ketika mengadakan pertemuan dengan pelajar di Rabat, Maghribi.

peduli-siswaDalam Belanjawan 2017, sebabnyak RM10 juta diperuntukkan bagi membiayai pengajian anak Selangor di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Teknologi Mara (UITM) menerusi program Peduli Siswa.

Program itu menawarkan pinjaman pelajaran dalam bentuk boleh ubah berdasarkan prestasi kecemerlangan akademik.

Ia dilaksanakan ekoran Belanjawan Persekutuan 2017 yang memotong peruntukan sektor pendidikan tinggi daripada RM13.38 bilion pada 2016 kepada RM12.13 bilion.

Semua IPTA di Selangor mengalami pemotongan 17 hingga 23 peratus bagi 2017.

“Pengucupan belanjawan dalam sektor pendidikan akan menggasir kesungguhan pengurusan universiti untuk meningkatkan kecemerlangan akademik.

“Sebagai sebuah negeri maju yang berteknologi tinggi, inovatif dan kreatif, Selangor memerlukan tenaga kerja berkemahiran dan berilmu. Gagasan ini perlu didukung dengan sokongan dan bantuan pendidikan untuk pelajar,” katanya.

=EZY=


Pengarang :