Pemasangan pelancar roket China di Laut China Selatan dikritik | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Norway

Wartawan

Mohd Ezli Mashut

Pemasangan pelancar roket China di Laut China Selatan dikritik

GLOBAL 17 MEI: Pemasangan pelancar roket di terumbu dipertikaikan pelbagai negara di Laut China Selatan menerima kritikan disebalik perkembangan terkini perbincangan dua hala antara Kerajaan China dan Filipina pada 19 Mei membincangkan isu pertikaian di kawasan itu.

Washington adalah antara negara yang keras mempertikaian China membina infrastruktur dan kelengkapan ketenteraan di kawasan dipertikai Vietnam, Brunei, Malaysia, Filipina dan Taiwan.

Beijing juga dilaporkan tidak mengendahkan keputusan perundangan yang memihak kepada Manila dalam tuntutan pulau di wilayah yang diputuskan Mahkamah Antarabangsa The Hague.


Presiden Filipina Rodrigo Duterte yang baru-baru ini menyertai Forum One Belt One Road yang diadakan di Beijing berhasrat memperkukuh kerjasama dengan China sejak mengambil tampuk pemerintahan negara itu.

Wilayah PulauSebelum ini, Defence Times melaporkan pada Selasa, China memasang pelancar jenis Norinco CS/AR-1 55mm anti-frogman yang mempunyai keupayaan mencari, mengenalpasti dan menyerang pihak musuh.

Norinco CS/AR-1 55mm anti-frogman adalah senjata yang mempunyai keupayaan jarak kira-kira 500 meter yang boleh memberikan kejutan bawah laut yang boleh membunuh dan mencederakan penyelam yang beroperasi berdekatan bahan letupan berkenaan.

Kesan dari jarak jauh juga boleh dirasai penyelam apabila letusan bawah laut memberikan impak ekoran kedalaman laut yang lebih memberikan kesan seperti kekurangan udara dan ketidakselesaan.

Fiery Cross Reef ditadbir China namun kawasan itu turut menjadi tuntutan Filipina, Vietnam dan Taiwan.

A Chinese J-11 fighter jet is pictured on the airstrip at Woody Island in the South China Sea in this March 29, 2017 handout satellite photo.   CSIS Asia Maritime Transparency Initiative/DigitalGlobe/Handout via REUTERS

A Chinese J-11 fighter jet is pictured on the airstrip at Woody Island in the South China Sea in this March 29, 2017 handout satellite photo. CSIS Asia Maritime Transparency Initiative/DigitalGlobe/Handout via REUTERS

Laporan itu tidak menyebut bila sistem itu dipasang namun ia sebahagian tindak balas yang bermula pada Mei 2014 apabila penyelam Vietnam memasang jaring untuk perikanan di Kepulauan Paracel.

Sebelum ini, REUTERS melaporkan, sebuah pesawat pejuang China dirakam berada di sebuah pulau buatan di Laut China Selatan, kali pertama dilihat dalam setahun.

Pesawat pejuang J-11 dilihat dalam satu imej satelit yang dirakam pada 29 Mac lalu di Pulau Woody di rangkaian kepulauan Paracel.

China pasang pelancar roket di terumbu Laut China Selatan

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next