Pemimpin ‘tak bertulang belakang’ ancam maruah kedaulatan negara | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Norway

Wartawan

Nazli Ibrahim

Pemimpin ‘tak bertulang belakang’ ancam maruah kedaulatan negara

OLEH NAZLI IBRAHIM

PETALING JAYA, 20 MEI: Maruah dan kedaulatan negara semakin tercabar apabila negara dipimpin oleh pemimpin yang ‘tidak bertulang belakang’ dan sekaligus menyaksikan negara dilihat tunduk kepada kuasa besar ekonomi dunia.

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, keadaan ini menyebabkan negara terumbang ambing di bawah rejim kleptokrat.


“Hari ini, negara kehilangan hala tuju di bawah rejim kleptokrat. Kedaulatan negara tergugat di Laut China Selatan tanpa penyelesaian bersifat multi-lateral dan tanpa berpegang kepada United Nations Convention on the Law of the Sea (UNCLOS).

“Kedaulatan negara dan maruah rakyat tercabar kerana pemimpin yang tidak bertulang belakang melutut kepada kuasa besar ekonomi dunia,” kata Mohamed Azmin ketika merasmikan Kongres Tahunan AMK dan Wanita KEADILAN 2017 di Dewan Sivik MBPJ di sini, malam tadi.

Jelasnya, sedangkan pada masa sama Kerajaan Persekutuan di bawah pemimpin lemah terus menindas rakyatnya sendiri dengan pelbagai cara khususnya terhadap golongan anak muda.

“Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) terus menghisap darah rakyat. Pengabaian tanggungjawab oleh Putrajaya terhadap masa depan pendidikan dan latihan vokasional menyebabkan anak muda terumbang ambing tanpa jaminan masa depan.

“Ini adalah penindasan ekonomi terhadap anak muda. Wanita turut terkesan dengan kebijakan ekonomi yang meneruskan tekanan terhadap pendapatan isi rumah yang semakin menguncup,” katanya.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next