Selangorkini
BERITA UTAMA SUKANKINI

Penyokong taruh harapan Pilihan Selangor juarai Piala Sultan Selangor 2017

OLEH HAFIZAN TAIB

SINGAPURA, 6 MEI: Pilihan Selangor diharap dapat mengalahkan Pilihan Singapura dalam pertandingan Piala Sultan Selangor di Stadium Nasional, di sini, hari ini.

Harapan rakyat Selangor khususnya penyokong bola sepak begitu tinggi terhadap PKNS FC yang dipilih DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, bagi mewakili negeri itu dalam kejohanan kali ini.

Presiden Kelab Penyokong Red Giants Selangor (RGSFC), Khairul Baharduddin, berkata sokongan penuh diberikan kepada PKNS FC sebagai Pilihan Selangor untuk menjuarai edisi kali ini.

“Biarpun PKNS FC bermain, kami tetap sokong dan berharap The Red Ants akan merampas kembali Piala Sultan Selangor dimenangi Singapura untuk dibawa pulang ke Selangor,” katanya kepada SelangorKini di sini, hari ini.

Beliau berkata, meskipun menang dan kalah adalah adat pertandingan serta beraksi di gelanggang lawan tetapi peminat berharap PKNS FC berupaya menandingi Pilihan Singapura yang pasti memberikan cabaran sengit.

“Kami akan sentiasa menyokong Pilihan Selangor,” katanya.

Hakeemullah Ismail pula mengharapkan satu perlawanan menarik dan bertenaga ditunjukkan kedua-dua pasukan khususnya Plihan Selangor.

“Pastinya kami datang ke sini untuk menyaksikan Pilihan Selangor bermain di laman lawan dengan harapan kemenangan berpihak kepada pasukan ini

“Kami penyokong Selangor mengharapkan sesuatu yang terbaik mampu ditunjukkan PKNS FC,” katanya meramalkan Pilihan Selangor menang 3 – 2.

Lebih 5,000 penyokong Selangor dengan 120 bas, turun ke kota Singapura hari ini bagi memberi sokongan kepada Plihan Selangor dalam edisi kali ini.

=EZY=


Pengarang :