Selangorkini
PBT SELANGOR

Peruntuk RM350,000 cantikkan Selayang sempena Sukan SEA

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SELAYANG, 9 MEI: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) memperuntukkan RM350,000 bagi kerja penyelenggaraan kawasan pentadbirannya sebagai inisiatif menghadapi Sukan SEA ke-29 pada Ogos ini.

Pengarah Jabatan Korporat, Mohamad Zin Masoad berkata, usaha itu bagi memperindahkan kawasan persekitaran MPS memandangkan Selayang bakal menerima kunjungan para atlet dan peminat sukan bola sepak dari dalam dan luar negara.

“Tahun ini MPS bakal menjadi tuan rumah dalam Sukan SEA ke-29 yang bakal berlangsung pada 18 hingga 23 Ogos ini.

“Oleh itu, MPS berharap dengan usaha ini dapat memberi persepsi positif para pengunjung terhadap keindahan yang terdapat di Selayang,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata demikian selepas melawat tapak depoh simpanan kereta buruk, di sini hari ini.

Zin berkata, antara kerja naik taraf membabitkan Stadium Selayang, pintu gerbang MPS, landskap dan kerja mengecat bangunan lama MPS serta penggantian kerusi penonton stadium.

=EZY=


Pengarang :