Pesawat SU-30 China pintas pesawat penjejak nuklear AS | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Norway

Wartawan

Mohd Ezli Mashut

Pesawat SU-30 China pintas pesawat penjejak nuklear AS

OLEH: MOHD EZLI MASHUT

GLOBAL 20 MEI: Dua jet pejuang China jenis Sukhoi Su-30 memintas pesawat tentera Amerika Syarikat (AS) WC-135 Constant Phoenix di Laut China Timur, kata US Pacific Air Forces.

Media Amerika Syarikat CNN News melaporkan insiden berlaku ketika pesawat AS melakukan misi rutin di ruang udara antarabangsa pada 17 Mei lalu yang merupakan insiden kedua pada tahun ini.


Pegawai Amerika Syarikat berkata pesawat SU-30 China itu terbang hampir kira-kira 150 kaki daripada pesawat AS.

160107084234-wc-135-exlarge-169Pesawat WC-135 direka dengan peralatan khas yang mempunyai keupayaan untuk mengimbas atmosfera bagi mencari tanda aktiviti nuklear.

Ia berkata, pegawai tentera menegaskan jet AS melakukan operasi selari dengan undang-undang antarabangsa.

Pegawai memberitahu rangkaian berita AS bahawa perkara itu sudah dibawa ke pengetahuan Beijing menerusi saluran diplomatik.

WC-135 kerap melakukan tinjauan di wilayah itu untuk mengumpulkan maklumat dan data berkenaan aktiviti ujian nuklear Korea Utara.

Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying, memberitahu taklimat akhbar di Beijing beliau tidak mendapat maklumat mengenai kejadian.

Sementara itu Kapal Pengangkut Pesawat USS Ronald Reagen dilaporkan digerakkan ke Semananjung Korea untuk mengadakan latihan ketenteraan bersama Kapal Pengangkut Pesawat Carl Vinson ketika ketegangan semakin memuncak.

USS Ronald Reagen mempunyai keupayaan membawa kira-kira 60 pesawat dan 4,539 krew yang ditauliahkan pada 2003 dengan kos pembinaan $8.5 bilion.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next