Rancak lahir bakat muda sukan negeri | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Norway

Wartawan

Ermizi Muhamad

Rancak lahir bakat muda sukan negeri

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 20 MEI: Kerajaan Negeri konsisten melaksanakan pelan pembangunan sukan jangka panjang bagi melahirkan atlet muda berpotensi untuk dilatih di peringkat profesional.

Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari berkata, inisiatif itu diyakini mampu melahirkan atlet pelapis di peringkat akar umbi seluruh negeri untuk diketengahkan.


“Sebarang kejohanan sukan yang diadakan itu bukan sahaja bertujuan sekadar kalah dan menang, tetapi peningkatan sejauh mana atlet pelapis itu dapat dilahirkan dan digilap.

“Kita mengharapkan sebarang kejohanan sukan ini dapat mencipta kecemerlangan atlet negeri menerusi program sukan yang giat dilaksanakan di seluruh negeri.

“Komitmen asas untuk melahirkan atlet cemerlang itu perlu digilap daripada program pembangunan sukan di peringkat akar umbi, daerah hinggalah negeri,” katanya.

IMG_3355Beliau berkata demikian Majlis Perasmian Kejohanan Muay Super 4 SDE Chairman Champion 1st Series and Super Fight 2017, di Dewan Besar Tanjung, Seksyen 19 di sini, malam tadi.

Kejohanan anjuran Sampuri Muay Thai Gym menyaksikan 16 peninju muda dari seluruh negeri dengan dua daripadanya peninju Thailand dan Korea Selatan bertemu untuk dinobatkan sebagai juara pada kejohanan kali ketiga itu.

Dalam perkembangan itu, dua peninju muda Wan Lah Fighter Den dinobatkan sebagai juara bagi kategori 62 kilogram sementara Pian Kick juara bagi kategori 51-53 kilogram.

Kedua-duanya berjaya menewaskan lawan masing-masing pada aksi lima pusingan ‘kalah mati’ di peringkat akhir.

Terdahulu, Majlis Sukan Negeri kini melaksanakan pelan pembangunan sukan dengan konsep dua ‘I’ dijadikan sebagai agenda mengembalikan semula kegemilangan atlet Selangor di persada negara.

Antara usaha lain termasuklah ‘blue print’ pelan perancangan pembangunan sukan dengan konsep dua ‘I’ yang bermaksud ‘incomprehensive’ dan ‘integrating’ sebagai pelan untuk melahirkan atlet cemerlang dalam kejohanan sukan besar selepas ini.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next