RM2.66 juta laksana PCO banteras denggi | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Nurul Farina Nazlan

Norway

Wartawan

Syazwani Sufian

RM2.66 juta laksana PCO banteras denggi

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 18 MEI: Kerajaan Negeri memperuntukkan RM2.66 juta bagi melaksanakan program Pest Control Operator (PCO) untuk 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menjalankan aktiviti membanteras denggi, tahun ini

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, ia bertujuan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes di beberapa lokasi yang dikenal pasti termasuk di daerah Shah Alam dan Petaling Jaya.


“Peruntukan ini akan kita agihkan kepada semua 12 PBT untuk bersiap sedia melaksanakan aktiviti banteras denggi, sehingga akhir tahun ini.

DAROYAH DENGGI“Kita juga menyerahkan RM100,000 kepada setiap PBT untuk melaksanakan program pencegahan denggi di kawasan masing-masing,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Tindakan Denggi Peringkat Selangor, di sini, baru-baru ini.

Daroyah berkata, dalam tempoh 1 Januari hingga 13 Mei tahun ini, daerah Petaling mencatatkan jumlah kes demam denggi tertinggi iaitu 5,958 diikuti Hulu Langat (4,927), Klang (3,395) dan Gombak (2,057).

Katanya, pelaksanaan PCO tahun lalu memberi keberkesanan apabila kes denggi menunjukkan penurunan, awal Januari tahun ini.

“Oleh itu, peruntukan ini kita siapkan bagi mengawal kes denggi sehingga akhir tahun yang dijangka bakal meningkat dengan pelbagai faktor antaranya perubahan cuaca dan musim hujan tidak menentu.

“Selain itu, pembiakan aedes di dalam peremis juga antara punca kes denggi meningkat. Ini berlaku kerana pegawai kesihatan tidak dapat membuat pemeriksaan serta memberi penerangan berkenaan aktiviti kawalan denggi, di dalam rumah,” katanya.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next