EKONOMI NASIONAL

Saham Asia kekal kukuh

TOKYO, 29 MEI: Saham Asia kekal kukuh pada sesi dagangan awal hari ini, mengambil isyarat daripada Wall Street yang berlegar sekitar paras tertinggi.

Indeks meluas MSCI bagi saham Asia Pasifik di luar Jepun sedikit berubah dengan Nikkei Jepun naik 0.1 peratus dan saham Australia tidak berubah.

Pada Jumaat lalu, S&P 500 dan Nasdaq hampir mencatat rekod penutupan tertinggi ekoran pengukuhan saham pengguna.

Indeks dolar berbanding mata wang utama lain kekal kukuh kepada 97.435 selepas meningkat pada Jumaat disokong data keluaran dalam negara kasar AS yang memberangsangkan.

Dolar AS sedikit berubah kepada 111.270 yen, dengan mata wang selamat Jepun itu memberi tindak balas selepas Korea Utara melancarkan peluru berpandu balistik jarak dekat, pada awal Isnin.

bursa-sahamPasaran Amerika Syarikat (AS) ditutup pada Isnin sempena cuti Memorial Day.

Sementara itu, indeks penanda aras pasaran tempatan, Indeks FBM KLCI dibuka lebih tinggi sedikit pagi ini.

Pada jam 9.01 pagi, indeks penanda aras itu berada pada 1,773.720, menokok 1.42 mata berbanding penutup Jumaat.

Indeks FBMEmas meningkat 7.58 mata kepada 12,669.16 dan Indeks FBMT100 naik 6.75 mata kepada 12,301.11.
Kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 124 berbanding 112, sementara 1,559 kaunter tidak berubah.

Jumlah dagangan harian berada pada paras 86.085 juta saham bernilai RM21.9 juta didagangkan.
*Sumber: Reuters dan BH Online


Pengarang :