SKORA bentuk sahsiah jaga bersama harta pangsapuri | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Afeeqa Afeera

Norway

Wartawan

Afix Redzuan

SKORA bentuk sahsiah jaga bersama harta pangsapuri

OLEH AFIX REDZUAN

PETALING JAYA, 3 MEI: Penganjuran Program Skim Pengenalan Pengurusan Kehidupan Strata (SKORA) menjadi langkah awal membentuk sahsiah penghuni terutama dalam kalangan pelajar supaya menitik beratkan soal tanggungjawab di masa hadapan.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perumahan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), Khairul Azam Saroni berkata, ini kerana kebanyakan pelajar terbabit adalah bakal penghuni di kawasan strata menjelang 10 tahun akan datang.


Justeru, katanya, program itu dianjurkan tepat pada masanya bagi memberi kesedaran umum terutama berkenaan menjaga harta awam.

“Daripada sekarang kita kena pupuk nilai murni dengan mendidik mereka supaya menjaga harta bersama selain menjelaskan berkenaan yuran penyelenggaraan dan implikasi jika tidak membayarnya.

“Kita boleh mengubah pelajar supaya menjadi lebih bertanggungjawab apabila mendiami kediaman strata,” katanya.

Khairul Azam berkata, sekolah termasuk persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) memberi kerjasama baik untuk LPHS menjelaskan lebih terperinci makna kediaman strata kepada pelajar yang terdiri daripada tingkatan empat dan lima.

SKORA (2)Katanya, kehadiran selebriti PU Rahmat Ikhsan dan Heliza Helmi antara langkah diambil LPHS supaya pelajar lebih mudah memahami maklumat disampaikan secara santai.

“Itu memang tarikan utama kerana pelajar yang tinggal di pangsapuri mempunyai latar belakang keluarga berbeza, justeru jika buat program secara rasmi mereka akan lebih bosan.

“Ini pembangunan sosial, kita edarkan borang penilaian kepada sekolah supaya mereka menyampaikan bentuk keperluan di kawasan pangsapuri.

“Kita mahu mereka menulis harapan dan impian di kawasan kediaman pada masa hadapan dari peringkat akar umbi untuk disampaikan kepada Kerajaan Negeri,” katanya.

SKORA yang mula diperkenalkan sejak 2015 adalah program pembangunan komuniti di Selangor dan dilaksanakan secara bersiri di tiga sekolah setiap tahun mengikut kawasan pihak berkuasa tempatan.

Bagi 2017, SKORA sudah dianjurkan di SMK Putra Perdana, Sepang, SMK Puchong Perdana, Subang Jaya dan SMK Taman Medan, Petaling Jaya.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next