Stadium Shah Alam tetap venue final Piala FA | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Stadium Shah Alam tetap venue final Piala FA

SHAH ALAM 13 MEI: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) enggan berganjak daripada keputusan untuk mengekalkan final Piala FA, 20 Mei ini, di Stadium Shah Alam dan bukannya di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Terdahulu, Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) mencadangkan aksi final tersebut diadakan di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Bagaimanapun, selepas mengambil kira keadaan tempat letak kereta yang terhad di kawasan itu, terutama bagi penyokong, FAM dan Usahasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) enggan mengambil risiko mengubah venue perlawanan.


“Pihak FAM dan FMLLP telah melihat keadaan Stadium Nasional, malah kami juga didekati oleh pihak PSM dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

“Tetapi, sudah tentu kami tidak boleh menggunakan stadium berkenaan ekoran keadaan tempat letak kereta yang tidak mencukupi memandangkan kawasan berkenaan sedang sibuk dengan kerja-kerja menaik taraf,” kata Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, lapor ASTRO AWANI.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next