Selangorkini
BERITA UTAMA SELANGOR

Sultan Selangor rasmi Masjid Perodua

OLEH ERMIZI MUHAMAD

RAWANG, 12 MEI : DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mencemar duli menyempurnakan Majlis Perasmian Masjid Perodua, Sungai Choh, di sini.

Keberangkatan tiba Baginda Sultan kira-kira 12.10 petang diiringi Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan Exco Kerajaan Negeri, Dato’ Dr Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib.

Baginda Sultan turut berkenan melawat pameran masjid seterusnya menandatangani plak perasmian sebelum menunaikan Solat Jumaat bersama jemaah.

CP2A5647-1280x853Masjid Perodua dibangunkan sebagai inisiatif bagi memberi kemudahan kepada warga kerja Perodua dan masyarakat setempat menunaikan solat dan menjalankan aktiviti keagamaan, di sini.

Menelan belanja RM10 juta, masjid terletak di atas tanah seluas 0.92 ekar itu mula dibangunkan sejak Ogos 2014 lalu.

Ia dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk penyediaan ruang majlis keraian, ruang Qurban dan pengendalian jenazah.

Diklasifikasikan sebagai Masjid Pengurusan, ia mampu memuatkan seramai 3,000 jemaah pada masa tertentu.

CP2A5834-1280x853Menariknya, pembangunan masjid ini memaparkan reka bentuk individu yang sedang bersujud dengan diinspirasikan daripada Logo Perodua.

Manakala, konsep kesenian dan keselesaan juga diterapkan dalam struktur masjid bagi memberi ketenangan dan keharmonian kepada jemaah.


Pengarang :