Tentera Arab Saudi pintas peluru berpandu sasar Riyadh | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Tentera Arab Saudi pintas peluru berpandu sasar Riyadh

DUBAI 20 MEI: Gerakan Houthi Yaman melancarkan peluru berpandu balistik ke arah ibu negara Arab Saudi tetapi tentera pakatan mendakwa berjaya memintas dan memusnahkannya.

Agensi Berita Antarabangsa REUTERS melaporkan wakil tentera pakatan di Yaman berkata, peluru berpandu itu berjaya dipintas pada jarak 200 kilometer dari barat bandar itu.

Agensi berita rasmi kumpulan itu dalam satu kenyataan melaporkan, pemberontak yang juga sekutu Iran itu melancarkan peluru berpandu Burkan-1 ke arah Riyadh tetapi tidak memberikan butiran lanjut.


Pada masa sama, agensi berita rasmi Arab Saudi turut melaporkan, tentera pakatan yang diketuai Arab Saudi mengesahkan peluru berpandu itu berjaya ditembak jatuh di wilayah selatan Ar Rayn, barat Riyadh.

Agensi itu mengesahkan tiada sebarang kerosakan mahupun kematian berlaku kerana ia adalah kawasan padang pasir terbuka.

Kejadian itu berlaku sehari sebelum Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dijangka tiba di Riyadh untuk memulakan lawatan luar negara sejak mengambil alih jawatan pada Januari lalu.

Trump dijangka membuat keputusan penting dan tawaran perdagangan dalam pertemuannya dengan pegawai atasan Arab Saudi di Riyadh.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next