Trump dedah nombor peribadi, langgar prinsip diplomatik | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Norway

Wartawan

Ermizi Muhamad

Trump dedah nombor peribadi, langgar prinsip diplomatik

OLEH ERMIZI MUHAMAD

GLOBAL, 31 MEI: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mendedahkan nombor telefon peribadinya kepada beberapa pimpinan utama dunia sekaligus umum menyifatkan tindakan itu melanggari prinsip diplomatik diamalkan pemimpin tertinggi negara itu, sebelum ini.

Perkara itu didedahkan Pegawai Kerajaan Pejabat AS yang tidak didedahkan identitinya, lapor media antarabangsa, Telegraph.


Pegawai itu mendakwa, Trump sudah memberikan nombor peribadinya kepada pemimpin utama Mexico, Kanada dan Presiden Perancis, Emmanuel Macron.

Bekas Penasihat Pentagon, Derek Chollet berkata langkah itu membolehkan aktiviti perisikan global lebih mudah dilakukan ke atas talian Trump.

“Perisik memiliki kemampuan untuk mendengar apa yang akan dibicarakan nanti,” katanya yang juga bekas penasihat Jabatan Keamanan Nasional Amerika Syarikat.

Dalam arena diplomatik, langkah Trump itu juga disifatkan melangkaui saluran komunikasi rasmi, White House.

Sebelumnya, Presiden AS hanya menggunakan satu saluran talian telefon khas di White House bagi menghalang sebarang aktiviti perisikan dari dalam dan luar.

Bagaimanapun, tindakan Trump itu dipercayai berkait rapat dengan kredibilitinya sebagai usahawan terkenal yang mudah memberikan sebarang akses talian peribadinya kepada rakan niaga bagi tujuan perdagangan dan perniagaan.

Ironinya, Trump sebelum ini mengkritik pencabarnya, Hillary Clinton yang menggunakan talian peribadinya bagi urusan komunikasi penting ketika musim berkempen pemilihan Presiden Amerika Syarikat, November lalu.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next