1MDB: DiCaprio lebih bertanggungjawab berbanding menteri | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Naeem Raffi

1MDB: DiCaprio lebih bertanggungjawab berbanding menteri

OLEH KESAVAN SUBRAMANIAM

Dua tiga hari ini kita dihujani dengan pelbagai pendedahan terbaru berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang didakwa oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat.

Ekoran itu, bintang Hollywood, Leonardo DiCaprio telah memulangkan Oscar yang dimenangi oleh Marlon Brando kepada penyiasat Amerika Syarikat (AS) susulan siasatan pengubahan wang haram terhadap 1MDB.


Malah beliau juga dikatakan mahu memulangkan barangan yang dikatakan diterimanya sebagai hadiah untuk lelongan kebajikan yang berpunca daripada pihak yang mempunyai kaitan dengan 1MDB.

NAJIB 1MDBTindakan Dicaprio sememangnya perkara yang boleh dipuji kerana beliau jelas tidak mahu terlibat langsung dalam penggubahan wang haram dan 1MDB.

Beliau juga menyatakan akan memberikan kerjasama kepada siasatan itu dan akan kembalikan semula sebarang hadiah atau sumbangan jika ianya berpunca daripada sumber yang dipersoalkan.

Sebaliknya di Malaysia, seperti tiada sesiapa yang terlibat dan tidak tahu apa yang berlaku, sedangkan 1MDB itu adalah syarikat Malaysia, duit dari Malaysia dan yang disiasat itu individu dari Malaysia sendiri.

Jika di Singapura pula, pegawai bank diambil tindakan, ditangkap dan bank ditutup. Amat pelik, di Malaysia, Peguam Negara kita kata tiada kes?

Bagaimana ini boleh berlaku, orang luar nampaknya lebih bertanggungjawab dengan skandal 1MDB ini.

Dapat dilihat ‘orang luar’ dengan rela hati membersihkan nama mereka dengan jujur tetapi orang Malaysia (para Menteri) pula bermati-matian mempertahankan MO1 kerana jawatan yang diraih.

Kini jelas Malaysia semakin popular di mata dunia, namun ia sesuatu yang memalukan kerana dikenali disebabkan perkara negatif dan memburukkan nama negara.

# Kesavan Subramaniam adalah ADUN Hutan Melintang (PKR)

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next