26,384 pendatang asing tanpa izin diusir keluar | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Norway

Wartawan

Syazwani Sufian

26,384 pendatang asing tanpa izin diusir keluar

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 17 JUN: Seramai 26,384 pendatang asing tanpa izin (PATI) diusir keluar dari negara ini dari tempoh awal Januari lalu hingga semalam.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Sri Mustafar Ali berkata, dalam tempoh itu, seramai 75, 190 warga asing diperiksa dan hasilnya seramai 21,717 PATI ditahan dari pelbagai warga negara yang membabitkan pelbagai kesalahan.


“Kesemua PATI yang diusir itu hasil daripada 6,936 operasi penguatkuasaan di seluruh negara yang dijalankan sepanjang tempoh itu.

“Turut ditahan seramai 619 majikan juga ditahan dalam pelbagai operasi seperti Ops Gegar, Ops Sapu dan Ops Ikrar,” katanya.

Tambahnya lagi, Imigresen turut menjalankan Ops Minyak tanpa henti bagi memastikan semua pengusaha stesen minyak mematuhi peraturan penggajian pekerja asing.

Katanya, sehingga 13 Jun, sebanyak 55 stesen minyak diserbu manakala 56 daripada 270 individu yang diperiksa ditahan kerana pelbagai kesalahan imigresen.

Dalam perkembangan lain, Mustafar mengingatkan kepada majikan supaya mendaftarkan pekerja asing mereka melalui program Enforcement Card (E-Card) sebelum tarikh akhir 30 Jun ini.

“Jika ada majikanyang masih gagal laksanakannya, tindakan tegas penguatkuasaan akan diambil majikan bermula 1 Julai nanti,” katanya.

Sehingga kini sebanyak 113,670 E-kad sudah dikeluarkan di seluruh negara dengan sejumlah 20,637 majikan dan 124,997 pendatang asing didaftarkan.

Katanya, 24,709 E-kad yang dikeluarkan membabitkan seramai 3,677 majikan dan 32,504 PATI.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next