Banjir di Hulu Langat surut, Exco segera turun padang | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Banjir di Hulu Langat surut, Exco segera turun padang

KAJANG 18 JUN: Taburan hujan lebat yang luar biasa di Hulu Langat sejak petang semalam mengakibatkan beberapa tempat di kawasan itu dinaiki air sejak jam 3 petang semalam.

Bagaimanapun banjir mulai surut di beberapa kawasan, namun limpahan air sungai didapati mengalir ke arah Nanding sehingga ke Batu 10.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul, berkata sehingga jam 11.30 malam tadi, air yang sebelum itu naik di sekitar Nanding dan Sungai Serai, kini dilaporkan mengalir ke kawasan Batu 10.


“Selepas menjalankan operasi mencari dan menyelamat penduduk melalui pemantauan yang dibuat, kami memindahkan 11 keluarga di kawasan Nanding ke kawasan selamat.

“Namun pada masa sama, kami memberi tumpuan ke kawasan kediaman di Sungai Serai dan Batu 10, selepas air sungai mulai mengalir ke lokasi berkenaan,” katanya lapor BH ONLINE.

Mohd Sani berkata, setakat ini dua keluarga sudah dipindahkan di Batu 10 dan tujuh keluarga di Sungai Serai, menggunakan tiga unit bot penyelamat.

Sementara itu, Exco Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi turun padang untuk menyantuni mangsa – mangsa banjir di Pusat – Pusat Pemindahan daerah Hulu Langat pada tengah hari ini.

Agensi Pengurusan Bencana Negara ditwitter melaporkan sebanyak tiga pusat pemindahan banjir dibuka di daerah Hulu Langat menempatkan seramai 157 mangsa (53 keluarga)

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next