Iftar ‘Ramadan Dihayati, Pangsapuri Disayangi’ meriah | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Norway

Wartawan

Afix Redzuan

Iftar ‘Ramadan Dihayati, Pangsapuri Disayangi’ meriah

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 20 JUN: Jawatankuasa Perumahan, Pengurusan Bangunan, Dan Kehidupan Bandar telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa (Iftar) di Pangsapuri Taman Seri Kenari, Kajang sempena Kempen Pangsapuri Bersih, Ceria dan Harmoni (BCH) pada Jumaat lalu.

Program tahunan ini adalah kerjasama Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) dan Perbadanan Pengurusan (MC) Taman Seri Kenari.


Dalam program itu Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan, Dan Kehidupan Bandar, Dato’ Iskandar Abdul Samad menyampaikan saguhati kepada pihak Perbadanan Pengurusan (MC) Pangsapuri Taman Kenari Blok A kerana telah menyempurnakan bayaran CERIA untuk baikpulih lif.

Iskandar berkata penduduk Pangsapuri Sri Kenari harus memberikan sokongan dan kerjasama kepada MC supaya pangsapuri kekal dalam keadaan bersih, ceria serta harmoni.

“Hargailah MC ini memandangkan mereka berkhidmat secara sukarela. MC juga terpaksa menghadapi segala permasalahan penduduk memandangkan mereka berada di barisan hadapan dalam menangani permasalahan penduduk.

“Sebagai penduduk, tanggungjawab anda adalah memastikan caj dibuat secara konsisten bagi memastikan segala harta bersama seperti lif dapat diselenggara dengan sempurna,” katanya.

Iftar bertemakan ‘Ramadan Dihayati, Pangsapuri Disayangi’ turut penduduk setempat dari pelbagai kaum selain diserikan dengan Tazkirah Ramadan yang disampaikan Imam Muda Faris.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next