Isteri bersalin, CIMB beri suami cuti sebulan | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Naeem Raffi

Norway

Wartawan

Norhayati Umor

Isteri bersalin, CIMB beri suami cuti sebulan

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 19 JUN: CIMB Bank Bhd memperkenalkan cuti paterniti berbayar selama sebulan kepada warga kerjanya bagi membolehkan golongan bapa meluangkan lebih banyak masa bersama anak pertama mereka dan berkongsi tanggungjawab dalam menyambut kelahiran baharu.

Ketua Pegawai Kakitangan CIMB, Datuk Hamidah Naziadin berkata, mengikut dasar baharu itu, cuti paterniti berbayar dinaikkan daripada tiga hari bekerja berturut-turut kepada sebulan.


Katanya, peningkatan manfaat kepada bapa itu membolehkan kekitangan memberi lebih banyak sokongan kepada keluarga serta mengukuhkan ikatan dengan anak yang baharu lahir.

CIMB“Pengalaman menerima bayi pertama di dalam keluarga adalah sangat menggembirakan tetapi juga meletihkan terutama kepada pasangan ibu bapa baharu.

“Ini merupakan inisiatif CIMB menghargai pekerja dengan memastikan mereka disokong untuk mencapai keseimbangan di antara kehidupan dan kerjaya.

“Ini juga mencerminkan kesungguhan kami mengamalkan amalan terbaik global di dalam pengurusan sumber manusia,” katanya dalam kenyataan.

Polisi baharu ini melengkapi Program Rejuvenasi Kakitangan sedia ada yang mana membenarkan pekerja untuk mengambil cuti tanpa gaji sehingga enam bulan untuk tujuan peribadi termasuk cuti bersalin atau ihsan kepada bapa dan dalam masa sama masih mengekalkan kedudukan sedia ada serta senioriti di bank.

Terdahulu, bagi menunjukkan komitmen terhadap kesejahteraan kakitangannya, CIMB memperuntukkan sehingga RM1 bilion bagi pinjaman perumahan tanpa faedah untuk tempoh pinjaman lima tahun pertama.

Selain itu, banyak lagi manfaat lain, untuk membantu kakitangan berpendapatan rendah menguruskan tanggungjawab bulanan mereka.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next