Kerajaan Negeri & MBI hulur bantuan banjir segera di Hulu Langat | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Kerajaan Negeri & MBI hulur bantuan banjir segera di Hulu Langat

OLEH SYAZWANI SUFIN

HULU LANGAT, 18 JUN: Kerajaan Negeri melalui Exco Kebajikan bersama Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI Selangor) turun padang menyantuni mangsa banjir di Pusat Pemindahan, Kompleks Penghulu Batu 10, di sini, petang ini.

Exco Kebajikan, Kesihatan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, sejurus menerima perkhabaran bencana banjir di Hulu Langat, Kerajaan Negeri komited turun padang menghulurkan bantuan segera bagi meringankan beban mangsa.


“Hari ini kita datang memberi sumbangan berbentuk barangan makanan dan keperluan asas serta peralatan untuk membasuh rumah daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebelum disusuli sumbangan kewangan.

“Lawatan segera ini juga adalah untuk melihat keadaan mangsa banjir supaya sumbangan kewangan dapat diperuntukkan kepada mangsa,” katanya ketika ditemui SelangorKini di kawasan Perumahan Batu 10, Hulu Langat, di sini, hari ini.

Banjir1Dr Daroyah berkata, sumbangan kewangan akan diserahkan pada Rabu hadapan bersama MBI Selangor, Lembaga Zakat Selangor (LZS), Yayasan Institut Darul Ehsan (YIDE) serta badan-badan bukan kerajaan (NGO).

“Saya juga akan memohon Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk turut sama menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

“Walaupun senarai mangsa banjir yang kita dapat terdapat 111 mangsa banjir, namun hakikatnya masih ramai lagi mangsa banjir yang tidak tersenarai.

“Ini berlaku kerana ada diantara mereka yang tidak ditempatkan di pusat pemindahan akibat terperangkat di dalam rumah teres dua tingkat.

“Namun saya akan meminta setiap ketua kampung memastikan semua mangsa disenaraikan bagi memudahkan proses sumbangan kewangan nanti,” katanya.

Turut hadir Ketua Jabatan Tanggungjawab Sosial dan Korporat MBI Selangor, Mohd Jaafarudin Md Ali.

 

Banjir 2

 

Banjir 3

 

19145761_1997791323579572_1126934405281686462_n

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next