Lebih 5,000 hadiri Qiamullail dan Sahur Perdana Peringkat Selangor | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Norway

Wartawan

Nazli Ibrahim

Lebih 5,000 hadiri Qiamullail dan Sahur Perdana Peringkat Selangor

OLEH: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 18 JUN: Program tahunan Qiamullail dan Sahur Perdana Peringkat Negeri Selangor yang berlangsung awal pagi tadi mendapat sambutan memberangsangkan masyarakat Islam negeri itu.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata beliau menganggarkan program itu dihadiri lebih 5,000 muslimin dan muslimat bagi mengambil peluang peluang bermunajat pada 10 malam terakhir di bulan Ramadan.


“Alhamdullilah saya lihat kehadiran pada program ini agak ramai dengan muslimin dan muslimat yang hadir di mana saya menganggarkan lebih kurang 5,000 orang hadir atau mungkin lebih.

“Diharap semoga munajat kita diterima Allah sebagai amalan terbaik dan kita juga berdoa kepada Allah semoga ditemukan malam lailatul qadar di mana kita tak tahu sama ada malam ini atau bila tetapi yang penting kita meneruskan ketaatan kita kepada Allah,” katanya.

19225523_1238919926219495_8524456468637150256_nBeliau berkata demikian pada program Qiamullail dan Sahur Perdana Peringkat Negeri Selangor di Masjid Negeri, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, pagi tadi.

Jelasnya, dengan adanya program seumpama ini, semoga bumi Selangor dilimpahi keberkatan Allah.

Sementara itu dalam program anjuran Kerajaan Negeri melalui Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan kerjasama Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) itu, pelbagai pengisian diadakan termasuklah solat tahajut dan solat hajat yang dipimpin oleh Ustaz Abdul Karim Omar.

Selepas bersahur beramai-ramai turut diadakan ceramah Pentas Ramadan bertajuk ‘Ramadan: Kukuhkan Akidah, Sebarkan Ukhuwah’ yang menampilkan Ustaz Don Daniyal, Ustaz Hariri dan Ustaz Aqil Hayy sebagai moderator program.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next