Majlis Khatam lahirkan warga kerja celik al-Quran | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Norway

Wartawan

Lizawati Madfa

Majlis Khatam lahirkan warga kerja celik al-Quran

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 29 JUN: Seramai 160 kakitangan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), termasuk Datuk Bandar, Dato’ Ahmad Zaharin Mohd Saad menyertai Majlis Khatam Al Quran Perdana, baru-baru ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam, Shahrin Ahmad berkata, program bertujuan melahirkan warga kerja celik al-Quran serta meraikan Ramadan.


“Majlis juga bertujuan mengimarahkan amalan tadarus al-Quran sepanjang bulan mulia yang lalu,” katanya dalam kenyataan.

Pengisian program yang dilaksanakan sepanjang Majlis Khatam al- Quran adalah tazkirah dan khatam al-Quran.

Turut dijemput, Imam Besar Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Ustaz Muhammad Farhan untuk menyampaikan tazkirah berkenaan al-Quran dan Malam al-Qadar (Lailatul Qadar).

Antara topik disampaikan ialah al-Quran sebagai rujukan dan panduan kepada umat Islam.

Bacaan al-Quran juga diketuai oleh Ustaz Muhammad dan diikuti Ahmad Zaharin dan juga peserta lain.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next