Operasi mencari lelaki dibawa arus diperhebat | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Norway

Wartawan

Syazwani Sufian

Operasi mencari lelaki dibawa arus diperhebat

OLEH SYAZWANI SUFIAN

HULU LANGAT, 17 JUN: Operasi mencari dan menyelamat seorang lelaki berusia 24 tahun diperhebat yang dilaporkan dibawa arus dalam insiden banjir di Hulu Langat di Cheras akibat hujan lebat sejak 5 petang semalam.

Komander Operasi Bomba dan Penyelamat, Mohd Syafiq Ramli berkata, pihaknya masih dalam proses mencari mangsa, Taufik Alias yang dilaporkan hilang di kawasan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Hulu Langat.


“Kita telah memulakan operasi mencari mangsa sejak jam 8 pagi tadi dengan mengerahkan seramai 19 orang anggota bomba sehingga mangsa ditemui.

“Selain itu juga menerima bantuan daripada unit khas kita serta dibantu anggota dari balai Shah Alam dan Pelabuhan Klang,” katanya ketika ditemui Selangor Kini di Balai Polis Batu 14, Hulu Langat, di sini hari ini.

Syafiq juga memaklumkan proses pencarian bermula di sepanjang Sungai Langat iaitu IKBN Dusun Tua sehingga di Pekan Batu 9.

Tambahnya lagi, pihaknya menerima maklumat kehilangan mangsa daripada orang awam pada awalnya, namun kejadian itu mendapat pengesahan pihak polis sendiri.

hilang1“Keluarga mangsa juga telah membuat laporan polis tentang kehilangan mangsa dan pihak kami telah pun membuat pemantauan sejak jam 2 pagi semalam selepas makluman diterima,” katanya.

Kejadian seorang lelaki hanyut itu sempat dirakam dan disebar dalam video menerusi laman sosial semalam.

Dalam video berdurasi 44 saat itu, seorang penunggang motosikal dibawa arus sambil beberapa penduduk di kawasan berhampiran menjerit dan mengarahkannya menuju ke tebing sungai.

Mangsa dilihat terkapai-kapai di dalam air sebelum dibawa arus ke arah Sungai Serai.

 

INFO TERKINI:

UNIT PENGURUSAN BENCANA NEGERI SELANGOR
03-55447324

STATISTIK PUSAT PEMINDAHAN DAERAH NEGERI SELANGOR

TARIKH : 18/6/2017 MASA /HARI : 12.00 Tengahari (AHAD)

HULU LANGAT – BANJIR

Pusat Pemindahan
1. Dewan WANITA Kg Bestari Sg Michu – Aktif
Jumlah Keluarga – 6
Jumlah Mangsa – 18
TARIKH BUKA = 17/6/2017

2. SK. Sg Serai – Aktif
Jumlah Keluarga – 58
Jumlah Mangsa – 241
TARIKH BUKA = 17/6/2017

3. Dewan Orang Ramai Taman Seri Nanding – Aktif
Jumlah Keluarga – 25
Jumlah Mangsa – 96
TARIKH BUKA = 17/6/2017

4. Kompleks Penghulu Batu 10, Mukim Cheras – Aktif
Jumlah Keluarga – 22
Jumlah Mangsa – 85
TARIKH BUKA = 17/6/2017

JUMLAH PUSAT PEMINDAHAN : 4
JUMLAH MANGSA : (Keluarga 111 / Mangsa 440)

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next