Peluang rakyat terus nikmati khidmat percuma Bas Smart Selangor | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Norway

Wartawan

Lizawati Madfa

Peluang rakyat terus nikmati khidmat percuma Bas Smart Selangor

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 30 JUN: Penduduk di Selangor terus berpeluang menikmati perkhidmatan percuma Bas Smart Selangor seperti biasa ketika musim cuti perayaan tahun ini.

Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana serta Pengangkutan, Dato’ Teng Chang Khim, berkata semua bas akan berkhidmat mengikut jadual tanpa pengecualian.


“Kita sediakan perkhidmatan di bandar dan luar bandar untuk kemudahan semua warga Selangor.

“Diharap pergerakan semua di hari raya ini lancar dengan Bas Smart Selangor yang disediakan di 11 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT),” katanya kepada SelangorKini.

bas-smartPada 2015, Bas Smart Selangor mula diperkenalkan di tiga pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Majlis Perbandaran Klang (MPK).

Ia kemudiannya diperluaskan ke Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS), Majlis Daerah Sepang (MPSP), Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) dan Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB).

Setakat 2016, perkhidmatan bas percuma itu mencatatkan lebih 5 juta penumpang dengan jumlah tertinggi diterima di MBSA dengan 1.2 juta penumpang diikuti MPSJ (1 juta) dan MPK (601,860).

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next