Pembangunan berterusan jadikan Petaling maju & lestari | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Norway

Wartawan

Hafizan Taib

Pembangunan berterusan jadikan Petaling maju & lestari

OLEH HAFIZAN TAIB

PUCHONG, 18 JUN: Pelbagai projek pembangunan dirancang secara berterusan di Petaling demi kemajuan dan kelestarian daerah itu seterusnya Selangor.

Pegawai Daerah Petaling, Dato’ Mohd Misri Idris berkata, projek dirancang seperti pembangunan infrastruktur luar bandar bagi kampung di Petaling demi kemudahan baik selaras dengan visi Selangor sebagai negeri idaman, maju sejahtera dan berkebajikan.


“Pada tahun lalu, 70 projek sebegitu dengan perbelanjaan keseluruhan RM3.6 juta dilaksanakan membabitkan projek peyelenggaraan dan menaik taraf kemudahan jalan, sistem perparitan dan saliran serta kemudahan asas desa.

“Kemudahan asas desa itu adalah meliputi seperti pembinaan balai raya, gelanggang sukan dan tapak perkuburan.

“Manakala tahun ini, sehingga kini 50 projek pembangunan sama telah dan sedang dijalankan dengan kos RM2.9 juta,” katanya.

IMG_7703 (1)Beliau berkata demikian dalam majlis berbuka puasa bersama rakyat dan penyampaian sumbangan Aidilfitri kepada fakir, miskin juga mualaf serta perasmian masjid oleh DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Masjid Baitul-Amin, Pusat Bandar Puchong, di sini, semalam.

Beliau seterusnya berkata, projek pembangunan akan datang sentiasa dirancang begi melestarikan kehidupan rakyat.

“Petaling mempunyai penduduk seramai 2,113,775 orang dengan keluasan 48,432 hektar persegi iaitu walaupun ia daerah kecil tetapi mempunyai jumlah penduduk paling padat di Selangor,” katanya.

Tiga pihak berkuasa tempatan (PBT) beroperasi di daerah itu ialah Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Bandaraya Petaing Jaya dan Majlis Perbandaran Subang Jaya.

Dalam majlis itu, Sultan Selangor berkenan berangkat mencemar duli menyempurnakan perasmian Masjid Baitul-Amin dan menyampaikan sumbangan Aidilfitri berjumlah RM203,500 kepada 265 fakir dan miskin serta 142 mualaf dengan setiap seorang mendapat RM500.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Amin Ahmad Ahya; Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu & Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi; Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor dan Dato’ Seri Mohamad Adzib Mohd Isa.

Majlis juga disertai Mufti Selangor, Dato’ Seri Mohd Tamyes Abdul Wahid;; Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Dato’ Haris Kasim serta hadirin lain.
=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next