Penduduk cerita detik cemas banjir, setengah jam sampai paras dada | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Norway

Wartawan

Syazwani Sufian

Penduduk cerita detik cemas banjir, setengah jam sampai paras dada

OLEH SYAZWANI SUFIN

HULU LANGAT, 18 JUN: Akibat banjir teruk yang melanda beberapa kawasan di Hulu Langat malam tadi, ramai mangsa melahirkan rasa sedih melihat lebih 90 peratus kerosakkan harta benda lebih-lebih lagi menjelang musim perayaan.

Mangsa, Zainal Abidin Abu, 48, berkata, beliau bukan sahaja mengalami hampir kesemua kerosakan harta benda tetapi turut mengalami kerugian yang besar.


“Air naik dengan cepat tidak sampi setengah jam sudah sampai paras dada, jadi kami tidak sempat membawa keluar barang keperluan termasuk pakaian ibarat kami kini hanya tinggal sehelai sepinggang.

“Sewaktu kejadian air mula naik, saya sedang berniaga di pasar dan rakan memaklumkan air mungkin naik paras buku lali. Namun sekitar jam 8 malam air mula naik ke paras dada.

IMG_1507“Boleh dikatakan hampir kesemua barang elektrik kami rosak termasuk dua buah motosikal saya dan perabut ditenggelami air,” katanya ketika ditemui SelangorKini di sekitar perkampungan Batu 10, Hulu Langat.

Sementara itu, Siti Yuzana Yusof, 48, berkata, kejadian banjir malam tadi antara yang paling teruk dialaminya sepanjang tahun ini.

“Sebelum ini, memang kami sudah biasa air naik tetapi tidak setinggi ini sehinggakan kesemua barang ditenggelami air.

“Lebih menyedihkan apabila ia berlaku ketika Hari Raya Aidilfitri bakal tiba kurang daripada seminggu,” katanya.

IMG_1503 (1)Siti juga memaklumkan bahawa beliau sekeluarga tidak sempat dipindahkan ke pusat permindahan akibat air naik begitu cepat.

“Saya dan suami serta lima orang anak lagi terpaksa menumpang di rumah teres dua tingkat iaitu rumah kakak yang juga duduk berhampiran.

“Jadi kami dua keluarga hanya duduk di tingkat dua sehingga air surut,” katanya.

 

 

Kerajaan Negeri & MBI hulur bantuan banjir segera di Hulu Langat

 

KEJADIAN BANJIR DI BATU 12 SEHINGGA BATU 23, MUKIM HULU LANGAT, DAERAH HULU LANGAT, NEGERI SELANGOR

Parlimen : Hulu Langat
Dun : Hulu Langat

1. Lokasi : Bt.12 – Bt 23 lingkungan 5km radius melibatkan 15 lokasi banjir.
Tarikh : 17.06.2017
Masa : 02:00- sekarang
2. Ketinggian air : 300mm – 1000mm

3. Status aras air sg semasa : Water Level *SUNGAI LANGAT* dari paras normal
Genting Peres = +1.7m
TNB Pangsun = +1.7m
Bt.9 = +1.3m
Bt.12 = +3.8m
Bt.15 = +4.3m
Bt.20 = +1.8m

Bacaan rainfall :
Stesen Genting Peres : 78mm
Stesen TNB Pangsoon : 116mm
Stesen Bt 9 : 49mm
Stesen Bt 12 : 79.5mm
Stesen Bt 15 : 118mm
Stesen Bt 20 : 134.5mm

4. Bilangan penduduk terlibat : 100-200

5. Bilangan rumah/kampung terlibat :

1. Kg Sg Serai Bt.12
2. Kg Batu 13
3. Taman Nanding Bt.13
4. Pekan Bt.14
5. Masjid Bt.16
6. Dusun Tua Bt.16 3/4
7. Dusun Tua Seberang Bt.17
8. IKBN Dusun Tua Bt.17
9. Kg Batu Bt.17
10.Balai Polis Bt.18
11. Kg Jawa Bt.18
12. Kg Tanjung Bt.18
13.Pekan Batu Bt.18
14.Kg Kuala Perdik Bt.19
15. Kg Hj Hassan Bt.20 1/2
16. Kg Lubok Kelubi Bt.22
17. Bt.22/Bt.23 Sg Lui

6. Punca banjir : Taburan hujan yg luar biasa dari upstream sehingga downstream selama 2jam bermula 2ptg -4ptg menyebabkan air Sungai Langat dan anak iaitu Sungai Lui, Sungai Perdik, Sungai Serai, Sungai Jernih dan Sungai Michu melimpah dan mgakibatkan banjir.

7. Pengesahan : JPS Daerah Hulu Langat

8. Cadangan penyelesaian jangka pendek :

1. Kerja pembersihan sampah akan dilaksanakan
2. Kerja pembaikan tebing runtuh
3. Kerja desilting anak2 sungai dan sungai utama

9. Cadangan Penyelesaian jangka panjang :

1. RTB Sg Serai kini dalam pelaksanaan dan dijangka siap sepenuhnya pada 1 Sept 2017.
2. RTB Sungai Langat yang diluluskan dibawah RMK11 Persekutuan perlu dibuat perluasan skop ke upstream Sg Langat bermula dr Bt.23 ke Bt.12

 

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next