Selangor bermunajat: “Rezekikanlah kami Lailatul Qadar, Ya Allah” | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Norway

Wartawan

Nazli Ibrahim

Selangor bermunajat: “Rezekikanlah kami Lailatul Qadar, Ya Allah”

OLEH: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 18 JUN: Jam di tangan menunjukkan jam 3.00 pagi. Namun suasana awal pagi di perkarangan kawasan meletak kenderaaan Masjid Negeri, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah tak ubah seperti susana waktu solat Jumaat yang lazimnya dipenuhi kenderaan berasak-asak memenuhi setiap ruang.

Walaupun tempat meletak kenderaan sudah penuh, masih lagi terdapat kenderaan lain berpusu-pusu tercari-cari petak-petak kosong.


Sebaik melangkah memasuki bangunan ikonik Shah Alam berkubah biru di fajar 23 Ramadan itu, suasana nyaman dan tenang menyelubungi perasaan.

Setiba di ruang solat, kelihatan para muslimin dan muslimat tanpa mengira usia dan darjat memenuhi setiap ruang di tingkat bawah masjid.

Melangkah di tingkat atas, juga sama. Suasananya sedikit gelap apabila lampu-lampu utama dipadamkan. Di sebalik kemalapan cahaya masing-masing khusyuk menadah tangan mengaminkan bacaan doa imam, memohon ihsanNya agar doa diperkenan.

19224854_1393529594067852_1563166330977685714_n“Di bulan mulia lagi penuh baraqah ini, rezekikanlah kami Lailatul Qadar Ya Allah,” kedengaran bait doa dialunkan dengan suara bergetar menandakan sebak di dada.

Selain itu, keberkatan, kesejahteraan dan kemakmuran Negeri Selangor turut dipanjatkan.

“Kau berkatilah Selangor,” doa imam lagi dengan kali ini suara lebih sebak.

Hati sayu dan berdetik, 23 Ramadan ini menandakan tinggal tujuh hari sahaja lagi Ramadan akan sekali lagi pergi meninggalkan kita.

“Masih adakah Ramadan lagi untuk kita?,” hati tertanya-tanya.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next