Seramai 2,021 pesawah terima bantuan kewangan atasi wabak BLB | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Norway

Wartawan

Ermizi Muhamad

Seramai 2,021 pesawah terima bantuan kewangan atasi wabak BLB

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 17 JUN : Seramai 2,021 pesawah yang terjejas ekoran serangan wabak Hawar Daun (BLB) di sekitar Sekinchan, Kuala Selangor dan Pasir Panjang menerima bantuan kewangan di bawah peruntukan RM8.5 juta.

Exco Infrastruktur & Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata, bantuan disalurkan mengikut kadar kerugian hasil padi setempat membabitkan jumlah keseluruhan pesawah seramai 8,953 orang.


“Program bantuan diteruskan pada 15 Jun lalu dengan melibatkan sejumlah 698 pesawah dari Kawasan Sungai Burong, Kuala Selangor dengan keluasan sawah lebih kurang 790 hektar yang terkesan dengan serangan penyakit hawar daun bakteria.

“Seterusnya pada 16 Jun pula, seramai 1,323 pesawah dari kawasan Sekinchan menerima bantuan kewangan itu manakala di sebelah petang pula pesawah dari Blok Pengairan Sungai Leman menerima bantuan melibatkan 1,367 pesawah.

“Program bantuan akan diteruskan sehingga penyerahan peringkat akhir pada 20 Jun 2017 ini yang melibatkan kawasan Blok Pengairan Bagan Terap dan Pasir Panjang,” katanya dalam kenyataan media.

BantuanKerajaan Negeri semasa sesi penggulungan perbahasan, Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali meluluskan bantuan tunai sejumlah RM8,536,320.00 untuk diberikan kepada pesawah terlibat dengan serangan penyakit BLB.

Masing-masing menerima nilai pada kadar maksima RM960.00 untuk satu lot sawah mengikut kadar kerugian masing-masing.

April lalu, 2,544 pesawah menerima bantuan sama pada majlis penyerahan yang disempurnakan sendiri, Dato’ Menteri Besar.

Untuk rekod, 8,953 pesawah terkesan akibat serangan penyakit BLB merangkumi sejumlah 8,892 lot sawah bermula dari Daerah Kuala Selangor sehingga ke Daerah Sabak Bernam.

Serangan BLB berlaku pada musim kedua menuai 2016 lalu yang menyebabkan kemerosotan hasil tuaian sehingga 60 peratus dan secara langsung menyebabkan pendapatan pesawah mengalami penurunan drastik hasil pengeluaran padi negeri.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next