Tak sensitif, mengapa tak saman Al Jazeera? | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Tak sensitif, mengapa tak saman Al Jazeera?

OLEH: SHAMSUL ISKANDAR MOHD AKIN

Tindakan Rosmah Mansor yang mengugut untuk menyaman pengamal media dan pengguna media sosial yang kononnya dikatakan memfitnah beliau adalah kurang bijak dan separa masak.

Beliau sepatutnya sedar bahawa apabila Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) mengaitkan nama beliau dengan pembelian barang kemas bernilai RM120 juta menggunakan wang 1MDB dipetik dahulu oleh media antarabangsa terutamanya Reuters, Wall Street Journal (WSJ) dan Al Jazeera.


Malah kebanyakan media di dunia tidak mahu melepaskan peluang keemasan ini dengan membuat liputan secara eksklusif terhadap penyelewengan wang rakyat antara yang terbesar dekad ini.

Jika beliau berhasrat untuk meneruskan juga tindakan saman berapa ramai rakyat Malaysia yang akan diberi notis tuntutan oleh beliau yang dipercayai inginkan kebenaran terhadap dakwaan DOJ ?

Mengapa tidak menyaman media antarabangsa seperti Al Jazeera yang terang-terang menyebut nama dan gambar Rosmah Mansor sebagai penerima barang kemas dibeli menggunakan wang 1MDB ?

1MDB-1024x731Apakah beliau tidak merasakan Al Jazeera tidak sensitif dengan cuba mengaitkan nama beliau sedangkan laporan DOJ hanya menyebut isteri kepada MO 1 ?

Apakah kegagalan memulakan tindakan saman fitnah terhadap Al Jazeera hanya menunjukkan beliau mengiyakan apa yang dilaporkan oleh Al Jazeera?

Apa yang perlu dilakukan oleh Rosmah Mansor memadai untuk tampil dengan penjelasan yang terang dan nyata terhadap dakwaan DOJ bukannya penafian semata-mata atau mengugut menggunakan saluran mahkamah tatkala rakyat Malaysia menuntut jawapan daripada mulut beliau sendiri.

Saya menggesa Rosmah tampil memberikan penjelasan dengan menjawab dakwaan DOJ dengan terang dan nyata demi membersihkan namanya.

* SHAMSUL ISKANDAR MOHD AKIN
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat
Ahli Parlimen Bukit Katil

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next