Selangorkini
NASIONAL

Tumpahan minyak Genting Sempah – Bukit Tinggi, kesesakan meningkat

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 27 JUN: Tumpahan minyak di kilometer (KM) 46.8 dari Genting Sempah ke Bukit Tinggi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) menyebabkan kesesakan sejauh 6 KM.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Trafik melaporkan pada jam 12.24 tengah hari kejadian itu turut menyebabkan lorong kecemasan dan kiri ditutup.

Pada masa ini kerja-kerja pembersihan sedang giat dijalankan

Manakala info trafik Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) pada jam 12.37 tengah hari melaporkan trafik perlahan dari Slim River ke Sungkai, Changkat Jering ke Bukit Berapit, Bukit Merah ke Taiping dan Bukit Tambun ke Bandar Cassia.

Trafik turut dilaporkan perlahan dari Alor Setar ke Pendang, Gurun ke Pendang, Sg.Petani ke Gurun, Bertam ke Sungai Dua dan Permatang Pauh ke Perai.

Sementara itu, beberapa kesesakan turut berlaku di Lebuhraya PLUS Selatan.

Antara yang dilaporkan sesak, dari Pedas Linggi ke Simpang Ampat.

Sehingga kini beberapa kemalangan dilaporkan berlaku termasuk membabitkan kemalangan maut di atas Jambatan KM 6.8 WB (Perai ke Pulau) di mana hanya lorong tengah sahaja boleh dilalui. Trafik perlahan dilokasi.

Para pengguna jalan raya dinasihat supaya memandu dengan lebih berhati-hati.


Pengarang :