Selangorkini
GLOBAL

Virus H5N8 dikesan di kepulauan Jeju

SEOUL 3 JUN: Korea Selatan akan menaikkan tahap amaran selsema burung ke peringkat kedua tertinggi selepas kumpulan kecil ternakan burung diuji positif virus H5N8 di kepulauan Jeju, pertama di negara itu sejak awal April lalu.

REUTERS melaporkan Kementerian Pertanian, Makanan dan Hal Ehwal Luar Bandar menurunkan tahap amaran selsema burung kepada normal kerana tiada kes baharu muncul sejak 4 April lalu.

Ekonomi keempat terbesar di Asia itu terjejas teruk akibat jangkitan selsema burung mudah berjangkit sejak kes pertama dalam wabak terbaru disahkan November tahun lalu, menyebabkan kerajaan menghapuskan hampir 38 juta unggas atau lebih satu perlima daripada jumlah keseluruhan ternakan.

Walaupun epidemik selsema burung berkurangan, kes baharu itu disahkan di pulau selatan Jeju, kata seorang pegawai kementerian yang enggan dikenali.

Pegawai berkata, kira-kira 12,000 unggas berhampiran ladang dijangkiti akan dimusnahkan sebagai langkah berjaga-jaga.

=EZY=


Pengarang :