Zahid perlu kerah polis hapus judi haram di Selangor | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Nurul Farina Nazlan

Norway

Wartawan

Lizawati Madfa

Zahid perlu kerah polis hapus judi haram di Selangor

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 19 JUN: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi digesa untuk mengarahkan polis mengambil langkah lebih serius bagi membanteras perjudian haram, di Selangor.

Exco Kerajaan Tempatan, Pembangunan Kampung Baru dan Pemutihan Kilang Haram, Ean Yong Hian Wah berkata, bidang kuasa Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah terhad tidak seperti bidang kuasa Kerajaan Persekutuan membabitkan Polis DiRaja Malaysia (PDRM).


Katanya, PBT hanya mampu mengambil tindakan menutup premis perniagaan tidak berlesen.

“Malah, PBT bukan agensi yang berkuasa luas seperti polis yang berupaya mengenalpasti dan menentukan sama ada aktiviti dijalankan membabitkan perjudian haram.

ean-yong“Polis juga boleh mengambil tindakan menangkap suspek di bawah Akta Rumah Judi Terbuka 1953, Akta Pertaruhan 1953 atau Akta Pertaruhan Pool 1967,” katanya pada sidang media di Bangunan Kerajaan Negeri (SUK), di sini, hari ini.

Pada 13 Jun lalu, Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri mengarahkan Polis Pulau Pinang menghapuskan perjudian haram di negeri itu, khususnya menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Ean Yong berkata, Kerajaan Negeri juga berharap Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor dapat memberi kerjasama erat bagi membanteras aktiviti perjudian haram secara drastik dan menyeluruh, di negeri itu.

Katanya, Kerajaan Negeri sentiasa memandang serius dan mengambil tindakan tegas dalam menangani isu penyalahgunaan lesen atau premis untuk tujuan perjudian.

“Kita sudah mengarahkan PBT untuk menjalankan operasi membanteras aktiviti pusat perjudian yang berselindung di sebalik Pusat Hiburan Keluarga (PHK) dengan mengenakan tindakan tegas seperti penutupan premis,” katanya.

Pada 16 Mac 2016, semua PBT diarahkan melaksanakan tindakan pantas bagi memantau dan menjalankan operasi penguatkuasaan bersepadu bersama agensi lain seperti PDRM dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next