Zoo Negara terima kelulusan perniagaan ‘Uptown’ | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Afeeqa Afeera

Norway

Wartawan

Norhayati Umor

Zoo Negara terima kelulusan perniagaan ‘Uptown’

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 24 JUN: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) memberi kelulusan kepada Zoo Negara untuk menjalankan aktiviti perniagaan ‘Uptown’ di tapak parkir kawasan itu.

Yang Dipertuanya, Abd Hamid Hussain berkata, sebanyak 100 peniaga termasuk ‘food truck’ akan diberi peluang berniaga di bawah pengurusan Zoo Negara.


Beliau berkata, Uptown itu dijangka mula beroperasi pada Ogos depan, bermula jam enam hingga 12 malam.

“Uptown yang akan diadakan setiap hari itu bakal memberi peluang Zoo menjana pendapatan.

“Kawasan tempat letak kenderaan itu tertutup, jadi lebih elok jika pihak pengurusan memanfaatkannya,” katanya ketika ditemui.

MPAJSementara itu, dalam kenyataan berasingan, Abd Hamid berkata, 1,170 premis makanan di bawah pentadbiran MPAJ perlu disemak, pada tahun ini.

Katanya, sebanyak 447 premis makanan sudah disemak sejak Januari hingga 31 Mei lalu.

“Daripada jumlah itu, 106 premis adalah gred A, 243 premis gred B dan 98 premis gred C, manakala 64 premis dikompaun dan tiada premis diarahkan tutup dalam Operasi Penutupan yang dilaksanakan,” katanya.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next