Air Selangor tubuh unit khas konservasi pupuk kesedaran jimat air | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Norway

Wartawan

Norhayati Umor

Air Selangor tubuh unit khas konservasi pupuk kesedaran jimat air

OLEH NORHAYATI UMOR

KLANG, 16 JULAI: Pengurusan Air Selangor Berhad muncul operator air pertama di negara ini dengan menubuhkan unit khas konservasi air untuk melaksanakan aktiviti berterusan dalam usaha memupuk kesedaran penggunaan air dengan berhemah.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Suhaimi Kamaralzaman berkata, salah satu inisiatif utama unit terbabit adalah memperkenalkan bidal air yang berfungsi mengurangkan aliran air daripada pili supaya pembaziran air dapat dikurangkan.


“Program jimat air juga diperkenalkan untuk meningkatkan kesedaran di kalangan pengguna secara berhemah dan memupuk sikap mengelak pembaziran.

“Ia supaya kesinambungan air dapat dijamin untuk keperluan generasi akan datang,” katanya di Majlis Pelancaran Program Jimat Air, di Pangsapuri Pelangi Court, di sini.

Jimat Air1Hadir sama Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Suhaimi berkata program jimat air membabitkan pengguna di semua peringkat antaranya domestik, komersial, perindustrian, institusi pendidikan, agensi kerajaan serta premis ibadat.

“Kami berharap dengan usaha ini pengguna akan terus mengamalkan kebijaksanaan menggunakan air.

“Ia sekaligus dapat membantu Air Selangor menyumbang ke arah bekalan air mampan bagi kegunaan semua insan, pembangunan ekonomi dan pemeliharaan alam sekitar,” katanya.

Jimat Air2Pada masa sama, beliau berkata, Air Selangor akan melaksanakan perjumpaan dengan pengguna domestik melalui bicara komuniti, seminar dan kempen.

Pengurusan Air Selangor bertanggungjawab ke atas rawatan dan agihan bekalan air kepada pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Program Jimat Air itu bertujuan menjimatkan air demi memastikan bekalan air terawat mencukupi bagi menampung permintaan semakin meningkat ekoran pertumbuhan ekonomi dan pertambahan bilangan pengguna di Lembah Klang.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next