Azmin dedah kunci kejayaan Selangor | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Afeeqa Afeera

Norway

Wartawan

Ermizi Muhamad

Azmin dedah kunci kejayaan Selangor

OLEH ERMIZI MUHAMAD

PASIR GUDANG, 17 JULAI : Permuafakatan dan kestabilan ekonomi yang ditunjangi pentadbiran telus Kerajaan Pakatan menjadi kunci kejayaan sebenar di Selangor.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, walaupun wujud kepelbagaian sentimen politik di peringkat Persekutuan, namun perkembangan itu tidak menghalang pimpinan negeri terus melaksanakan mandat rakyat.


Beliau berkata, penyatuan itu juga membolehkan perolehan rizab negeri bertambah, sekali gus menjadikan Selangor sebagai negeri termaju di negara ini.

“Selangor adalah model yang membolehkan semua bergerak dengan prinsip mendukung dasar bersama demi kepentingan rakyat dan negara.

“Kestabilan ini menjadikan Selangor terus berkembang maju. Walaupun kita diserang media utama Umno Barisan Nasional (BN), kita tidak akan mengalah.

“Saya bersama pimpinan Kerajaan Negeri kekal berdiri teguh mempertahankan hak rakyat yang mahukan kerajaan intergriti dan bermaruah ini dilaksanakan,” katanya.

Mohamed Azmin berkata, kejayaan itu dibuktikan menerusi perolehan rizab negeri yang kini mencecah RM4 bilion, dalam tempoh dua penggal Kerajaan Pakatan mentadbir negeri, sejak 2008.

Azmin MBKatanya, berbeza dengan pentadbiran negeri di bawah BN, Selangor mampu menjadi contoh terbaik ke arah pembentukan negara maju dan berdaya saing.

“Rizab negeri sudah hampir mencecah RM4 bilion dan diumum sebagai negeri yang menjadi pengeluar terbesar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

“Bukan Johor, Sarawak atau Melaka, apatah lagi Pekan (Pahang) tetapi Selangor yang mendorong kepada pertumbuhan dan kepesatan negara kini.

“Ini bukan rekaan atau fitnah tetapi kita boleh rujuk Jabatan Perangkaan bahawa 25 peratus sumbangan itu datangnya dari Selangor,” katanya.

Terdahulu, Mohamed Azmin hadir pada Majlis Hi-Tea Aidilfitri KEADILAN Johor, di Taman Mawar di sini, semalam.

Antara pimpinan tertinggi yang hadir adalah Pengerusi KEADILAN Johor, Hassan Karim; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Batu, Jimmy Puah dan Setiausaha Parti Pribumi Bersatu Johor (PPBM), Datuk Osman Sapian.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next