Azmin redah DUN ‘abang kawasan’ | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Afeeqa Afeera

Norway

Wartawan

Ermizi Muhamad

Azmin redah DUN ‘abang kawasan’

OLEH ERMIZI MUHAMAD

PASIR GUDANG, 17 JULAI: Melangkaui sempadan negeri, Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali turun padang mendekati masyarakat Johor, pada Majlis Hi-Tea Aidilfitri KEADILAN negeri, semalam.

Menariknya, program berkenaan diadakan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permas yang dikuasai Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.


Lawatan Timbalan Presiden KEADILAN itu sempena rangka kerjanya di negeri yang cukup signifikan sebagai tiang seri Umno juga komitmen pimpinan Pakatan ke arah agenda perubahan reformasi.

“Saya di sini bukan sebagai Dato’ Menteri Besar Johor tetapi saya percaya ramai pimpinan Pakatan di Johor boleh mengambil alih peranan Khaled sebagai Menteri Besar Johor,” katanya.

Untuk rekod, DUN dikuasai Menteri Besar Johor itu terletak di bawah Parlimen Pasir Gudang milik wakil rakyat Umno, Normala Abdul Samad.

Bagaimanapun, pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu, Parlimen berkenaan hanya menang tipis kurang 1,000 undi daripada calon KEADILAN.

Mohamed Azmin percaya, gerak kerja berterusan di peringkat akar umbi di samping permuafakatan komponen Pakatan mampu mengukuhkan peranan gagasan itu.

Pada masa sama, beliau juga hadir ke Majlis Rumah Terbuka KEADILAN Ledang di Pekan Tanjong Gading, Ledang dan menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada masyarakat setempat.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next