Badai reformasi sedia gegar tiang seri Umno-BN | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Afeeqa Afeera

Norway

Wartawan

Ermizi Muhamad

Badai reformasi sedia gegar tiang seri Umno-BN

OLEH ERMIZI MUHAMAD

PASIR GUDANG, 17 JULAI: Gabungan baru Pakatan Harapan sedia menerajui tampuk kepimpinan baru di negeri tiang seri Umno, Johor pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) akan datang.

Naib Presiden Pakatan Harapan, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, perkara itu dapat direalisasikan hasil komitmen dan gerak kerja gabungan terbabit serta permuafakatan pimpinan pembangkang di negeri berkenaan.


“Penyatuan ini akan menjadi kekuatan baru untuk kita menggulingkan Umno-Barisan Nasional (BN), sama ada di Johor atau negeri lain di peringkat Persekutuan.

“Tidak mustahil jika pembubaran Parlimen dibuat dan pilihan raya diadakan, kita akan membentuk kerajaan baru di negeri Johor Darul Ta’azim ini,” katanya yang juga Timbalan Presiden KEADILAN.

Mohamed Azmin berkata demikian ketika berucap pada Majlis Hi-Tea Aidilfitri KEADILAN Johor di Taman Mawar, semalam.

IMG_5280Johor sebelum ini dikenali sebagai kubu kuat Umno memandangkan negeri itu adalah lokasi awal bertapaknya parti Ketuanan Melayu berkenaan.

Bagaimanapun, ‘tembok’ itu berjaya dihakis komponen Pakatan dengan menafikan penguasaan dua pertiga Dewan Undangan Negeri Johor (DUN) selepas terbentuknya seteru Umno, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), pada Oktober lalu.

Sementara itu, sebuah badan kajian di bawah Pakatan mendedahkan gabungan itu mensasarkan 15 kerusi DUN dan Parlimen di Johor bakal diambil alih daripada BN, pada PRU-14 depan.

Dalam perkembangan sama, Umno-BN kini berdepan dakwaan penyelewengan berkait isu hartanah setempat membabitkan bekas Exco Johor, sekali gus memburukkan lagi imej pentadbiran negeri itu.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next