Biarlah pampasan munasabah buat peniaga setinggan Kampung Selamat | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Norway

Wartawan

Afix Redzuan

Biarlah pampasan munasabah buat peniaga setinggan Kampung Selamat

OLEH AFIX REDZUAN

HULU KELANG, 16 JULAI: Pemaju projek Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE) dinasihatkan supaya memberikan nilai pampasan munasabah kepada peniaga gerai setinggan Kampung Selamat yang diberikan notis pengosongan tapak sehingga hujung bulan ini.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Hulu Kelang, Saari Sungib berkata, Kerajaan Negeri sudah memaklumkan kepada pemaju supaya mempertimbangkan jumlah pampasan dan beliau sendiri cuba untuk mengenalpasti tapak baru.


“Saya mohon pampasan biarlah munasabah. Sebagai ADN, saya akan usahakan tapak baru.

“Mengikut tapak sama mereka sudah berpindah sebanyak tiga kali dan difahamkan sudah berniaga lebih 30 tahun,” katanya.

Ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka ADN Hulu Kelang beliau menjelaskan sejak 2008 pihaknya cuba untuk berunding dengan peniaga namun cubaan bertemu sebanyak enam kali gagal.

unknown (8)Sehinggalah notis pengosongan tapak dikeluarkan, akhirnya wakil kumpulan peniaga yang difahamkan terdiri daripada 40 orang bertemu beliau bagi mencari jalan penyelesaian.

Mengikut dasar Kerajaan Negeri, sebarang pemindahan setinggan tidak boleh dilakukan sebelum tapak baru disediakan.

Difahamkan terdapat segelintir peniaga daripada mereka mahu membawa perkara ini ke mahkamah sekiranya keputusan sesuai gagal dicapai.

Menurutnya, kepentingan penduduk di Pangsapuri Ridhuan, Ukay Perdana juga perlu diambil kira kerana kawasan mereka terlindung selain memiliki jalan masuk yang sempit.

Dalam majlis rumah terbuka di perkarangan parkir kenderaan Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Taman Melawati, ia turut dihadiri Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan Presiden Pakatan Harapan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Selaku tuan rumah, Saari mengenakan sepasang baju melayu berwarna jingga selaras dengan warna parti AMANAH.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next